1. Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan
2. Lihatlah disekeliling kamu.... dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa...... senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan, simpan.... jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan.....buat pedoman.
3. Cinta yang suci hanyalah layak untuk kekasih yang berhati suci dan cinta yang ternoda hanyalah sepadan dengan mereka yang bercinta untuk nafsu dan ternoda hati serta kesucian dirinya.
4.Abadikan segenggam harapan, secebis ketekunan, seteguk pengorbanan.....semadikan di dalam hati sebagai garisan hidup ini.
5.Cinta remaja ibarat kaca.......zahirnya jernih, tapi sekali ia pecah berderai...lukanya terlalu tajam
6.Jangan dikenang peristiwa sedih tetapi kenangilah pengalaman manis kerana ia boleh
membuatkan kita semakin ceria dan sentiasa gembira..
7.Janganlah jadi seperti kumbang, habis madu segera terbang...........jadilah seperti tukang kebun, bunga dijaga sesegar embun..
8.Orang hanya dapat melihat kesedihan kita melalui air mata......tetapi terlalu sukar untuk mereka menyelami penderitaan yang kita tanggungi akibat limpahan air mata itu........
9.Janganlah bercinta dengan orang yang kita cinta, tetapi bercintalah dengan orang yang mencintai kita, kerana itu akan membuatkan kita lebih bahagia..
10.Sayangilah insan yang merindui dan menyayangi dirimu.
11.Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah, tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai, itulah yang sukar diperolehi
12.Ketawa ketika kesedihan adalah ketawa ketabahan.....ketawa ketika kegembiraan adalah ketawa kemenangan, dan tangisan ketika kesedihan adalah tangisan kekecewaan manakala tangisan ketika kegembiraan adalah tangisan kejayaan.
yaya harap iwan paham pe yg yaya cbe untuk luahkan oke.i love you sayang.i love you so badly much =D
No comments:
Post a Comment