lilin ini ibarat pembakar semangat bagi setiap insan. terutamanya di muka bumi yang terbentang luas ini. lilin ini juga diibaratkan tentang kehidupan seorang insan. iaitu aku. lilin ini akan terus membakar jika aku terus kuat menyulami hari hari yang mendatang. tatkala ia akan terpadam jika ombak dan badai menurjah bahtera hidup ini. lilin ini juga boleh menjadi simbol hancurnya kehidupan aku insan hina. tatkala ianya dibakar dan apinya menjadi begitu marak ia membawa maksud ia akan terus menjadi penghulu syaitan di dalam hati sanubari insan ini. lilin ini tidak lupa juga diibaratkan perjalanan kehidupan aku insan yang lemah. jika ianya baru dibakar itu tandanya bermulalah satu perjalanan hidup yang penuh pancaroba.
tatkala api cahayanya marak itulah membawa erti jiwa remaja yang terlalu berani dengan cabaran yang pelbagai. dan bila cahayanya suram itu tandanya hidup aku ini dalam ketakutan. apabila cahayanya serong hampir menyembah bumi ditiup angin, itu ertinya hidupku ini penuh dugaan dan cabaran tidak ketinggalan juga ujian yang sedang dihadapi. apabila lilin yang saban hari bercahaya semakin rendah ketinggiannya. maka dengan itu, usiaku tidak lama seperti dulu. ingin sekali aku akhiri kehidupanku ini dengan saat yang indah.
pabila cairnya lilin ini dan malap cahayanya yang saban hari menerangi. maka dengan itu tamatlah sebuah perjalanan kehidupan yang penuh warna pelanginya iaitu seorang insan yang bernama SURAYA .......
No comments:
Post a Comment